TAKLIMAT TRANSFORMASI PENDIDIKAN VOKASIONAL

SEK MEN VOKASIONAL ARAU

SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL ARAU
JALAN PADANG NYU
02600 ARAU, PERLIS

DOKUMENTASI
PROGRAM TAKLIMAT TRANSFORMASI PENDIDIKAN VOKASIONAL 2013
11 JUN 2013
(SELASA)

DISEDIAKAN OLEH:
PN. NORHAYATI BT. ISMAIL
Tajuk:Program Taklimat Transformasi Pendidikan Vokasional 2013.
Anjuran : Bahagian Pendidikan Teknik Vokasional, Kementerian Pendidikan
Malaysia
Tarikh: 11 Jun 2013
Masa: 8.00-1.00 (5 Jam)
Kehadiran: 348 orang peserta.
Tempat : Kolej Vokasional Arau Perlis.

Objektif:
 Memberi pendedahan kepada semua pengurusan sekolah (Pengetua, Guru Besar, PK HEM dan Kaunselor) di Negeri Perlis tentang Transformasi Pendidikan Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia.
 Memberi pendedahan kepada pengurusan sekolah tentang hasrat BPTV mengarusperdanakan aliran kemahiran vokasional serta mengubah komposisi modal insan daripada berorientasikan lepasan akademik kepada lepasan aliran vokasional sejajar dengan amalan negara maju.
 Memberi pendedahan kepada pengurusan sekolah mengenai langkah Kementerian Pendidikan menstruktur semula sistem pendidikan menerusi Pelan Transformasi Vokasional (PTV) sebagai aliran pendidikan yang akan menjadi pilihan pelajar.
 Memberi pendedahan kepada pengurusan sekolah mengenai matlamat utama Transformasi Pendidikan Vokasional adalah untuk melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi yang berpotensi untuk menjana pendapatan tinggi seperti yang dihasratkan negara dalam Wawasan 2020.
Kumpulan Sasaran: Pengetua, Guru Besar, PK HEM dan Kaunselor.

Laporan Bergambar:
1T
Deretan kenderaan yang memasuki Kolej Vokasional Arau untuk Program Talimat Transformasi Pendidikan Vokasional.

2T

3T

4T

Kaunter pendaftaran merupakan kaunter untuk peserta mendaftarkan diri.

5T

Para peserta yang melaporkan diri di kaunter pendaftaran akan di bekalkan bahan-bahan yang berkaitan dengan Taklimat Transformasi Pendidikan Vokasional.

6T

7T

Taklimat Transformasi Pendidikan Vokasional disampaikan oleh Pn. Hajjah Azizah bt Ahmad mengenai hasrat BPTV untuk mengarusperdanakan aliran kemahiran vokasional.

8T

Pn. Baiha bt Haron, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik sedang menyampaikan Taklimat Transformasi Pendidikan Vokasional 2013.

9T

Sesi soal jawab dijayakan oleh Puan Baiha binti Haron, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik.

10T

Peserta yang terlibat dalam sesi soal jawab berkaitan Taklimat Transformasi Pendidikan Vokasional 2013.

11T

Sesi soal jawab dijayakan oleh Encik Megat Hashirat b Hassan, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Kolej Vokasional Arau.

12T

Taklimat Outreach dan Promosi Kolej Vokasional Arau disampaikan oleh Pengarah kolej Vokasional Arau, Puan Azlini bt Khairan @ Ali.

13T

Para peserta yang sedang mendengar Taklimat Transformasi Pendidikan Vokasional di Dewan Semesta.

14T

Temubual Kaunselor Encik Mohd. Fadzil b Abdullah dengan dua pelajar yang terlibat dengan Projek Kereta Solar iaitu Azrul b Abdul Rahim dan Mohd Shaqul Ikhmal b Ismail.

15T

Kereta Solar yang dihasilkan oleh dua orang pelajar Kursus Elektrik Kolej Vokasional Arau iaitu Azrul b Abdul Rahim dan Mohd Shaqul Ikhmal b Ismail.

Impak/ hasil:
 Pihak pengurusan sekolah boleh memberikan galakan dan dorongan kepada pelajar di sekolah masing-masing yang berprestasi sederhana dan ke bawah untuk meneruskan pengajian mereka dalam aliran kemahiran vokasional supaya mereka tidak tercicir di masa hadapan.
 Pihak pengurusan sekolah juga boleh memberikan pendedahan kepada
pelajar mengenai peringkat pendidikan vokasional yang ditawarkan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan seperti Pendidikan Asas Vokasional dan peringkat Kolej Vokasional.

Pin It